Skip to content

Tentang Kami

SMILE VISION HOLIDAYS SDN BHD

Smile Vision Holidays Sdn Bhd adalah sebuah syarikat Agensi pelancongan Dalam Negeri, Luar Negeri dan Agen Pengembaraan. Dimiliki sepenuh oleh 2 pengarah yang sudah berpengalaman luas dalam pelancongan semenjak 1996. Merupakan sebuah Syarikat Bumiputera sepenuhnya dan beroperasi di No 1-2-2 Blok 1, City Garden Commercial Centre, Taman Nirwana, 68000 Ampang Selangor DE. Malaysia. Sangat mudah untuk diakses ke pusat Bandaraya Kuala Lumpur yang jaraknya kurang 5 KM.

Mula beroperasi dan diperbadankan sebagai sebuah Syarikat pada tahun 2005 dan mendapat lesen pengendalian Pelancongan dan pengembaraan dari Kementerian Pelancongan Malaysia setahun berikutnya iaitu tahun 2006. Bermula secara kecilan dikendalikan oleh 3 rakan seangkatan iaitu kesemuanya Pemandu Pelancong berlesen dengan Kementerian Pelancongan Malaysia. 3 rakan seangkatan ini adalah dilahirkan oleh Institut Perdagangan MARA Kuala Lumpur pada tahun 1993 pengkhususan dibidang pemandu Pelancong profesional, bertempat di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Setelah bergabung tenaga secara padu maka lahirlah sebuah Syarikat yang diberi nama Smile Vision Holidays Leisure & Services Sdn kemudian berganti nama pendek Smile Vision Holidays Sdn Bhd.

Setelah sekian lama berurusniaga dengan Agensi Pelancongan Indonesia, Thailand dan Singapore Kini kami mula mendapat kepercayaan mereka untuk menempah tiket pesawat melalui kami.

VISI & MISI SYARIKAT

VISI

Visi kami adalah “Membina Kenangan Melalui Perjalanan” – Perjalanan bukan mengenai kapal terbang, penyewaan kereta, hotel dan sebagainya. Perjalanan adalah mengenai kenangan yang anda bawa bersama dengan anda. Mengalami destinasi baru, keluarga yang bercuti bersama, bertemu orang baru dan kembali bersama-sama dengan kawan atau keluarga adalah apa yang dikatan sebagai perjalanan.

MISI

Misi kami adalah untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi, paling selamat dan perjalanan yang terbaik, supaya kami dapat membuat setiap pelanggan dalam tersenyum di dalam setiap perjalanan & menjadi penyedia utama produk pelancongan khusus yang disasarkan dan perkhidmatan yang berkaitan kepada setiap orang.

MOTTO KAMI

“Kepercayaan , Amanah dan Keyakinan”

Explore the World with Smile

Our Address :
Smile Vision Holidays Sdn Bhd
(Co.No:200501032755(714895-K))(KPK/LN:4480)
No 1-2-2 Blok 1,
City Garden Commercial Centre,
Jalan Nirwana, Taman Nirwana,
68000 Ampang Jaya, Selangor

© 2023 Smile Vision Holidays Sdn. Bhd. All Rights Reserved.